Kisah Anak-Anak
Hari Konvokesyen & Hari Anugerah Kecemerlangan Inas 2018
Minggu Terakhir Inas Sebagai Budak Tadika
Minggu ni minggu terakhir sesi persekolahan 2018, maknanya minggu terakhirlah Inas sebagai budak Tadika Kemas, setelah bertahun-tahun bersekolah di sana...
Cepat jekan masa berlalu, seingatnya Inas start sekolah Tadika masa umur dia 3 tahun lebih, tapi sekolah main-mainlah...sekejap datang sekejap tak...sama jer macam Ica....
Kalau Syifa lagilah...sesuka hati dia jer nak datang sekolah, sekejap balik umah opah...mintak susu, kadang tu boleh balik tido, bangun tido boleh pulak dia sambung sekolah balik....hahhahaha...
Mama Is Nerves
Sebenarnya Mama ni nerves sungguh bila fikirkan Si Inas ni nak masuk darjah 1 ni...yorlah perwatakkan dia cukup berbeza dengan Ica. Inas ni pendiam orangnya...lambattttttttt sangat nak berkawan dengan orang....pemalu ke eh...?hadoiiii mama pun tak sure..
Yang penting dia nak berkawan dengan kawan baru tu kan..take time..huhu. Allahu...debor rasa...moga-mogalah Allah permudahkan segalanya...
Jom ler layan gambar-gambar Inas ni...sebenarnya ni 2 Majlis yang berbeza...
3hb November 2018 - Hari Anugerah Kecemerlangan Tadika Kemas 2018
Dapat Anugerah Keseluruhan Terbaik Bagi Tadika Kemas Pontian Besar Kiri 2018
Kawan-Kawan Sekelas Inas 2018
15hb November - Hari Konvokesyen Bagi Murid 6 Tahun 2018
Angkat topi jer..kalau mama dulu dah main baling-baling topi,,,hahhahha
comel-comel semuanya....Tahniah Anak-anak...
Boleh pulak si Syifa ni layan tido dia kat sini..huhu jari tak lepas punya hahahha....
Special dedication to Cikgu Oni dan Mak Mah yang dah bertahun-tahun mengajar, mendidik dan masakkan makanan Inas, Mama nak ucapkan berjuta-juta terima kasih sebab sangat sabar melayan kerenah anak-anak Tadika ni...huiiihh bukan senang tau..mendidik anak-anak Tadika ni...Salute sangat dengan Cikgu-Cikgu Tadika ni tau...
Haaa...nanti mama nak masukkan cerita Inas masuk Zapin pulak...huhu lama tak update Blog ni..so cerita banyak throw Back jelah yer...
TQ Sudi Baca Blog Mama.....
0 comments: